
Siar azan Maghrib awal: Penyampai stesen radio mohon maaf
TAWAU, 4 April – Seorang penyampai stesen radio tempatan di sini tampil memohon maaf berikutan kesilapannya menyiarkan azan maghrib empat minit lebih awal di daerah ini.
Mohd Safwan Junit menerusi akaun Facebooknya Mohd Safwan menjelaskan berlaku kesilapan teknikal dengan penyiaran dua kali azan maghrib iaitu pada 6.16 petang dan 6.20 petang.
“Saya, penyampai yang bertugas petang ini (semalam) dalam Syoknya Hujung Minggu telah melakukan kesilapan teknikal yang mana azan maghrib disiarkan dua kali, iaitu sekitar 6.16 petang dan yang kedua 6.20 petang.
“Azan yang sepatutnya disiarkan pada 6.20 telah dikumandangkan lebih awal dari waktunya, menyebabkan ramai daripada warga Tawau secara tidak sengaja telah berbuka puasa awal dari waktu,” katanya.
Sehubungan itu, beliau secara peribadi dan rendah hati memohon maaf kepada warga Tawau yang terkesan dengan situasi tidak diduga itu.
Sementara itu Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif ketika dihubungi Bernama berkata perkara itu perlu dirujuk Mufti Sabah Datuk Bungsu Jaafar untuk maklumat dan tindakan lanjut, namun Bungsu sehingga berita ini ditulis masih tidak memberikan sebarang jawapan.
Hari ini merupakan hari pertama umat Islam menunaikan ibadah puasa Ramadan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TVET LAHIR PENCIPTA TEKNOLOGI MESRA ALAM
AYER KEROH 2 Oktober - Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan sekadar melahirkan tenaga mahir dalam pengendalian mesin...
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
RIBUAN JEMAAH TUNAI SOLAT JENAZAH TUN DR SITI HASMAH
KUALA LUMPUR, 28 Sept - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang ini, bagi menunaikan...
PEMERGIAN TUN SITI HASMAH KEHILANGAN BESAR BUAT NEGARA – AB RAUF
AYER KEROH 28 September - Pemergian Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali disifatkan sebagai kehilangan besar buat negara, khususnya atas...
‘ELEMEN VERNAKULAR WAJAR JADI KOMPONEN SAHAJA, BUKAN SEKOLAH’
AYER KEROH 26 September - Sekolah vernakular tidak sepatutnya wujud dalam bentuk sekolah berasingan sebaliknya elemen vernakular hanya perlu dikekalkan...
CADANG SATU RUMAH, SATU PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI
AYER KEROH 26 September - Satu rumah, satu Perlembagaan Persekutuan dan negeri perlu dijadikan amalan setiap keluarga bagi meningkatkan kefahaman...

