
Siar azan Maghrib awal: Penyampai stesen radio mohon maaf
TAWAU, 4 April – Seorang penyampai stesen radio tempatan di sini tampil memohon maaf berikutan kesilapannya menyiarkan azan maghrib empat minit lebih awal di daerah ini.
Mohd Safwan Junit menerusi akaun Facebooknya Mohd Safwan menjelaskan berlaku kesilapan teknikal dengan penyiaran dua kali azan maghrib iaitu pada 6.16 petang dan 6.20 petang.
“Saya, penyampai yang bertugas petang ini (semalam) dalam Syoknya Hujung Minggu telah melakukan kesilapan teknikal yang mana azan maghrib disiarkan dua kali, iaitu sekitar 6.16 petang dan yang kedua 6.20 petang.
“Azan yang sepatutnya disiarkan pada 6.20 telah dikumandangkan lebih awal dari waktunya, menyebabkan ramai daripada warga Tawau secara tidak sengaja telah berbuka puasa awal dari waktu,” katanya.
Sehubungan itu, beliau secara peribadi dan rendah hati memohon maaf kepada warga Tawau yang terkesan dengan situasi tidak diduga itu.
Sementara itu Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif ketika dihubungi Bernama berkata perkara itu perlu dirujuk Mufti Sabah Datuk Bungsu Jaafar untuk maklumat dan tindakan lanjut, namun Bungsu sehingga berita ini ditulis masih tidak memberikan sebarang jawapan.
Hari ini merupakan hari pertama umat Islam menunaikan ibadah puasa Ramadan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PRISMANITA BELA WANITA DALAM ISU KEGANASAN, JENAYAH SEKSUAL
KOTA LAKSAMANA 21 Februari - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus mempergiat program kepada golongan wanita terutama melibatkan...
DELIMa: PELAJAR BOLEH BAWA GAJET KE SEKOLAH
PAYA RUMPUT 19 Mei - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membenarkan pelajar membawa peranti sendiri seperti tablet dan gajet ke sekolah...
KPM SASAR 800 ‘AI POWERED CLASSROOM’ MENJELANG AKHIR 2027
PAYA RUMPUT 19 Mei - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyasarkan sebanyak 800 bilik darjah di seluruh negara akan ditransformasikan kepada...
MINDEF TINGKAT PERUNTUKAN WBL ATM KEPADA HAMPIR RM10 JUTA, SASAR 1,500 ANGGOTA
SUNGAI UDANG 15 Mei – Kementerian Pertahanan (MINDEF) memperluaskan pelaksanaan Program Work-Based Learning (WBL) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tahun ini...
ARKIB KOMUNITI ‘JAMBATAN’ PELIHARA WARISAN SEJARAH
BANDA HILIR 11 Mei - Pendekatan Kementerian Perpaduan yang tampil dengan inisiatif Arkib Komuniti dilihat mampu memperkukuh usaha pendokumentasian dan...
WARISAN SILANG BUDAYA MODEL PERPADUAN HIDUP
BANDA HILIR 10 Mei - Kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Perpaduan dan Kerajaan Negeri dalam menjayakan Sambutan Minggu...

