
Kanak-kanak hilang dipercayai sesat di hutan atau jatuh sungai
KOTA KINABALU, 9 Julai – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan dikhuatiri sesat di hutan atau jatuh ke dalam sungai di Kampung Batu 66, Beaufort, hari ini.
Mangsa disedari tiada di rumah kira-kira jam 8.30 pagi oleh neneknya apabila mendapati pintu rumah dalam keadaan terbuka.
Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tengah hari tadi selepas menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam l 11.19 pagi.
“Ibu bapa mangsa pada ketika itu sedang berniaga di Tamu Beaufort dan mangsa dijaga oleh neneknya.
“Operasi SAR dijalankan dengan menyusuri tepi sungai, kawasan tanaman pokok pisang dan belukar kelapa sawit dengan radius dua kilometer dari pusat kawalan bomba,” menurut kenyataan itu.
Bomba turut memaklumkan pakaian terakhir dipakai oleh mangsa adalah baju berwarna putih dengan lambang animasi kartun dan berseluar warna biru tua. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BUKAN CURI, SALAH FAHAM PUNCA POKOK MBJB ‘DIBAWA PULANG’
PAYA RUMPUT 9 Ogos - Isu pokok hiasan milik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang didakwa dibawa pulang pengunjung ketika...
JELAJAH SAYANG RAKYAT BUKAN ‘LAKONAN BERMUSIM’
REMBIA 9 Ogos - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat bukan 'lakonan bermusim' atau pecutan saat akhir menjelang pilihan raya, sebaliknya...
TOK RAUF AKHIRI DILEMA 40 TAHUN PENDUDUK KAMPUNG BUKIT HANTU
REMBIA 9 Ogos - Selepas 40 tahun berdepan masalah banjir hingga menyebabkan penduduk Kampung Bukit Hantu terputus hubungan, dilema itu...
HARI LANDSKAP NEGARA 2026 TARIK 80,000 PENGUNJUNG
PAYA RUMPUT 9 Ogos - Sambutan Hari Landskap Negara 2026 yang berlangsung selamat empat hari sejak 6 Ogos lalu di...
MELAKA SAYANG RAKYAT: 220 RUMAH UZUR DIBINA, DIBAIK PULIH
REMBIA 9 Ogos - Sebanyak 220 rumah rakyat di seluruh Melaka telah dibantu menerusi inisiatif Kerajaan Negeri dengan 110 daripadanya...
GEMBIRA BAKAL DAPAT RUMAH BAHARU SAMPAI TAK BOLEH TIDUR
GADEK 9 Ogos - Kerana terlalu gembira selepas dimaklumkan akan menerima rumah baharu pasangan warga emas yang juga orang kurang...
