
Kanak-kanak hilang dipercayai sesat di hutan atau jatuh sungai
KOTA KINABALU, 9 Julai – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan dikhuatiri sesat di hutan atau jatuh ke dalam sungai di Kampung Batu 66, Beaufort, hari ini.
Mangsa disedari tiada di rumah kira-kira jam 8.30 pagi oleh neneknya apabila mendapati pintu rumah dalam keadaan terbuka.
Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tengah hari tadi selepas menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam l 11.19 pagi.
“Ibu bapa mangsa pada ketika itu sedang berniaga di Tamu Beaufort dan mangsa dijaga oleh neneknya.
“Operasi SAR dijalankan dengan menyusuri tepi sungai, kawasan tanaman pokok pisang dan belukar kelapa sawit dengan radius dua kilometer dari pusat kawalan bomba,” menurut kenyataan itu.
Bomba turut memaklumkan pakaian terakhir dipakai oleh mangsa adalah baju berwarna putih dengan lambang animasi kartun dan berseluar warna biru tua. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RM210,000 BANTU 50 PESERTA KEMAS JANA PENDAPATAN
DUYONG 27 September - Sebanyak RM210,000 diperuntukkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bagi membantu 50 peserta menerusi inisiatif Quick Wins KEMAS...
TIGA TABIKA TUNAS ISTIMEWA KEMAS MELAKA MANFAATKAN LEBIH 30 ANAK AUTISME
DUYONG 27 September - Tiga Tabika Tunas Istimewa Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang diwujudkan di Melaka sebagai negeri perintis telah...
AI JADI ‘RAKAN’ BELAJAR, BUKAN TEMPAT BERGANTUNG
PENGKALAN BATU 27 September - Perkembangan kecerdasan buatan (AI) perlu dimanfaatkan secara bijak dalam pembelajaran bagi membantu pelajar mendapatkan maklumat...
KEMBANGKAN KEMAHIRAN UNTUK JANA PENDAPATAN, TINGKAT EKONOMI KELUARGA – KM
DUYONG 27 September - Penguasaan kemahiran hasil pelbagai kursus anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) perlu dikembangkan, sekali gus membantu rakyat...
YOUTUBE JADI ‘GURU’, NUR SYAZWANI BERSINAR DI PENTAS DEBAT
SERI NEGERI 27 September - Tidak pernah menyangka penyertaan sulungnya dalam pertandingan debat Bahasa Melayu berakhir dengan kejayaan meraih gelaran...
SIAPA RAKAN STRATEGIK MELAKA? PERTEMUAN BERMULA ESOK – AB RAUF
DUYONG 27 September - Beberapa siri pertemuan akan diadakan bagi menilai calon rakan strategik Barisan Nasional (BN) Melaka sebelum sebarang...
