Jumaat diangkat sebagai Hari Tulisan Jawi

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

REMBIA 10 Julai – Kerajaan mengumumkan hari Jumaat diangkat sebagai Hari Tulisan Jawi sekali gus mampu memperkasa dan memartabatkan tulisan yang membawa kepada pembentukan negara ini suatu ketika dahulu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, cadangan terbabit telah mencapai sebulat suara dipersetujui sebaik dibentangkan pada Mesyuarat Kabinet pada Rabu lalu.

Ujarnya, pelbagai kaedah akan dilaksanakan bagi menjadikan tulisan berkenaan diperkasakan sejajar membendung masyarakat daripada buta jawi.

“Apabila tulisan ini tidak didedahkan ia pastinya akan menjadi kerugian kerana tulisan ini juga bertindak sebagai tulisan yang memberi maklumat.

“Ini juga adalah kepentingan kita bagi mempertahankan budaya yang telah sekian lama kita warisi, jika tidak dimartabatkan siapakah lagi yang akan mengangkat tulisan ini selain kita sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Inspirasi Musaadah COVID-19 Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) di Kompleks Japerun Rembia, di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis serta tetamu lain

Tambah Zulkifli kerajaan hari ini telah menyusun atur dan akan jadikan tulisan berkenaan diangkat dan digabungkan dengan dua tulisan iaitu rumi dan jawi pada setiap urusan rasmi.

“Mulai hari ini, setiap kepala surat yang dikeluarkan kementerian saya akan menggunakan tulisan tersebut sebagai urusan rasmi kerajaan.

“Malah pelbagai kaedah lain seperti mengarahkan setiap kakitangan agensi agama diwajibkan memakai tag nama tulisan jawi pads setiap Jumaat,” katanya.

Views:

912
Kongsi :
Previous post Panorama Melaka cadang miliki bas sendiri pada Oktober
Next post KM ziarah kasih pesakit terlantar
Ubah saiz-+=