
Kementerian Kesihatan Arab Saudi lantik ketua kesihatan untuk setiap 50 jemaah haji
KUALA LUMPUR, 29 Julai – Kementerian Kesihatan Arab Saudi menugaskan seorang ketua kesihatan untuk setiap 50 jemaah haji tahun ini, yang diadakan pada skala lebih kecil berbanding musim haji sebelum ini.
Langkah yang belum pernah diambil sebelum ini itu bertujuan untuk memastikan semua aspek kesihatan dilaksanakan berikutan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia, menurut kenyataan di laman web Kementerian Media Arab Saudi mengenai musim Haji 2020.
Setiap ketua kesihatan bertanggungjawab untuk memastikan jemaah di bawah jagaannya mematuhi langkah-langkah pencegahan kesihatan yang dikuat kuasa pihak berkuasa.
Langkah-langkah itu merangkumi penjarakan sosial dan pergerakan semasa ibadah haji dijalankan, demi keselamatan dan keselesaan jemaah, kata Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan.-BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
LEBIH RM14 JUTA PERKUKUH PEMBANGUNAN MELAKA GEOPARK
BANDA HILIR 1 November – Lebih RM14 juta diperuntukkan dan diluluskan bagi memperkukuh pembangunan Aspiring Melaka Geopark termasuk menyediakan kemudahan...
PRN MELAKA: MCA TAMBAH SATU LAGI KERUSI, BERTANDING DI BANDAR HILIR
KUALA LUMPUR, 29 Okt - MCA diberi satu lagi kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka iaitu Dewan...
TPM PUJI USAHA MELAKA PERLUAS POTENSI EKONOMI DESA
AYER KEROH 29 Oktober - Usaha Kerajaan Negeri Melaka memperluas potensi sektor pertanian dan membuka peluang ekonomi kepada masyarakat desa...
FELCRA SEDIA BANTUAN KHAS PESERTA B40 TUNGGU HASIL TANAM SEMULA
AYER KEROH 29 Oktober - FELCRA Berhad diarahkan menyediakan bantuan khas kepada peserta kategori B40 yang terlibat dalam program tanam...
FELCRA TANGGUNG YURAN PENGAJIAN ANAK PESERTA CEMERLANG – TPM
AYER KEROH 29 Oktober - FELCRA Berhad akan menanggung sepenuhnya yuran pengajian anak peserta yang memperoleh semua A dalam peperiksaan...
FELCRA AGIH KEUNTUNGAN RM190.6 JUTA, NAIK 50.2 PERATUS
AYER KEROH 29 Oktober - FELCRA Berhad mengumumkan Keuntungan Boleh Agih Interim 2/2026 berjumlah RM190.6 juta bagi projek peserta di...

