KPDNHEP beri jaminan keperluan mencukupi

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

TANJUNG BIDARA, 29 Julai – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bekalan makanan asas mencukupi jika gelombang ketiga pandemik Covid-19 melanda negara.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, pihaknya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan tiada gangguan bekalan akan berlaku.

Beliau berkata, walaupun diharap tidak berlaku gelombang seterusnya namun sekiranya terjadi KPDNHEP tiada masalah untuk menghadapinya.

“Ini kerana kita mengambil pengalaman daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini yang turut menyebabkan berlakunya ‘panic buying’.

“Mungkin sebelum ini benda baharu jadi panik dan tiada pengalaman, sekiranya berlaku lagi kita bersedia. Insyaallah keperluan bekalan makanan mencukupi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Protokol Tamat Latihan dan Amanat Pegawai Kadet KP41.

Beliau berkata, selain persediaan menghadapi gelombang ketiga KPDNHEP turut memberi jaminan bekalan makanan asas turut mencukupi menjelang Aidiladha yang akan disambut pada Jumaat ini.

“Dari segi keperluan ianya cukup dan menepati kawalan harga seperti disarankan.

“Contohnya, harga ayam yang kini mencapai objektif apabila turun dari RM9 sekilogram kepada RM5.90,” katanya.

Mengulas lanjut, Rosol berkata, pihaknya turut memberi jaminan bekalan pelitup muka mencukupi ia susulan kerajaan mengumumkan pemakaian diwajibkan bermula 1 Ogos depan didalam pengangkutan dan tempat awam.

“Kita ada kolaborasi bersama sembilan syarikat besar dan kita minta hentikan sementara eksport ke luar negara bagi menampung kegunaan tempatan,” katanya.

Views:

365
Kongsi :
Previous post Kementerian Kesihatan Arab Saudi lantik ketua kesihatan untuk setiap 50 jemaah haji
Next post KPDNHEP perlukan lebih ramai anggota dan pegawai penguatkuasa
Ubah saiz-+=