Machap Hill bakal jadi litar ‘motocross’

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

MACHAP JAYA 13 Februari – Machap Hill atau sebelum ini dikenali sebagai Bukit Menggong, bakal menjadi tumpuan peminat sukan motosikal lasak (motocross) apabila laluan atau trek untuk aktiviti itu siap sepenuhnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya, Ngwe Hee Sem berkata, beberapa faktor termasuk keadaan bentuk muka bumi telah diambil kira pihaknya sebelum merancang untuk menjadikan Machap Hill sebagai lokasi untuk aktiviti lasak itu.

“Kita lihat tempat itu selain lokasi untuk ‘hiking’ kerana mempunyai pemandangan yang cantik di puncaknya, ia boleh dibangunkan sebagai kawasan untuk aktiviti motocross.

“Kerja-kerja menyiapkan trek motocross kini sedang giat dijalankan dan dijangka siap Mei nanti. Selepas siap kelak kita akan anjurkan pertandingan motocross pada bulan sama,” katanya.

Hee Sem yang juga Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri berkata, sebelum ini acara sama pernah dianjurkan di Hutan Percha tetapi lokasinya dikatakan tidak sesuai.

Jelasnya lagi, selain pembangunan Machap Hill, pihaknya sedang mengenal pasti beberapa lokasi tanah tinggi sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) itu yang memiliki pemandangan alam yang cantik untuk dipromosikan sebagai destinasi pelancongan.

“Satu lagi lokasi yang berpotensi untuk dibangunkan adalah Bukit Besar, puncaknya lebih tinggi berbanding Machap Hill, untuk itu dalam masa terdekat ini kita akan adakan lawatan tapak yang dijuadualkan turut membabitkan wakil beberapa agensi berkaitan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1174
Kongsi :
Previous post Keunikan replika naga di Tokong Cheng Wah Keong curi tumpuan ramai
Next post 50,000 ‘healing’ di Banda Hilir
Ubah saiz-+=