Sorting by

×

MELAKA BAKAL TERIMA 30 AMBULANS BAHARU

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

SERI NEGERI 9 Jun – Melaka bakal menerima 30 ambulans baharu yang akan digunakan untuk meningkatkan perkhidmatan kepada pesakit di negeri ini pada tahun hadapan.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem berkata, perolehan ambulans itu kelak akan menggantikan ambulans sedia ada yang kebanyakkan kini berada dalam keadaan uzur.

Beliau berkata, pada waktu ini di seluruh Melaka terdapat kira-kira 40 buah ambulans yang berada dalam keadaan baik manakala ada sebahagian sudah berusia lebih 10 tahun serta uzur.

“Proses perolehan tender ini dijangka akan dikeluarkan pada bulan hadapan sebelum penyerahan ambulans dilakukan antara Februari atau Mac tahun hadapan.

“Dengan adanya ambulans baharu ini, ia bukan sahaja meningkatkan perkhidmatan malah kelengkapan yang lebih terkini mampu memberikan rawatan kecemasan terbaik kepada pesakit,” katanya.

Menurut Hee Sem, penggantian ambulans baharu amat diperlukan kerana kenderaan sedia ada yang uzur memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi.

“Sebelum berlakunya sesuatu perkara atau masalah, ambulans-ambulans ini perlu diganti selain dapat membantu meningkatkan keperluan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.

Sementara itu, Hee Sem turut berterima kasih kepada Xinyi Glass Holdings Limited kerana menyumbang tiga unit ‘buggy’ bagi kegunaan Hospital Melaka menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

556
Kongsi :
Previous post MELAKA BUKA 500 KUOTA LESEN MOTOSIKAL PERCUMA UNTUK RAKYAT B40
Next post UNIMEL MAHU LEBIH DIKENALI DI PERINGKAT ANTARABANGSA