
PKPB: Pengecualian caj RM1 di mesin ATM kekal – Ismail Sabri
PUTRAJAYA 1 Jun — Pengecualian caj RM1 di semua mesin juruwang automatik (ATM) bagi pengeluaran wang mesin MEPS masih dikekalkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dijadualkan berakhir pada 9 Jun ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata setakat ini, tiada perbincangan dan permohonan dibuat dengan pihak bank bagi mengubah pelaksanaan itu yang berkuat kuasa pada 6 April lepas.
“Tiada perubahan untuk bayaran RM1 bagi pengeluaran di mesin ATM, jadi kita masih boleh nikmati faedah diberikan itu setakat hari ini,” katanya pada sidang media harian di sini hari ini.
Kerajaan sebelum ini memutuskan bahawa semua institusi perbankan dan PayNet mengecualikan caj RM1 bagi pengeluaran wang antara bank di ATM yang menggunakan rangkaian Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd (MEPS) bagi mengelak kesesakan di kaunter bank.
— BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
BERUNDING ELOK-ELOK, PILIH ‘PARTNER’ YANG IKHLAS DAN JUJUR – AHMAD ZAHID
AYER KEROH 6 September - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi mandat kepada Ketua...
WAKIL RAKYAT MELAKA MESTI ‘KETUK PINTU’ RUMAH RAKYAT
TABOH NANING 3 September - Semua wakil rakyat di Melaka diminta turun padang dan 'mengetuk pintu' rumah rakyat bagi menyelami...
AURA ZIANA ZAIN ‘PUKAU’ KLEBANG
KLEBANG 30 Ogos - Kemunculan penyanyi popular tanah air, Datuk Ziana Zain mencuri perhatian pengunjung pada Sambutan Ambang Merdeka Peringkat...
MELAKA BERPOTENSI JADI LOKASI ALTERNATIF PENGANJURAN LIMA
KLEBANG 30 Ogos - Melaka berpotensi menjadi lokasi alternatif bagi penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) pada masa...
BUSANA UNIK TARUHAN MPHTJ PERTAHAN KEJUARAAN PERBARISAN
KLEBANG 29 Ogos - Penampilan unik menerusi busana dan elemen hiasan berbeza menjadi taruhan kontinjen Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
PDRM PERKETAT KAWALAN SEMPADAN SUSULAN KETEGANGAN DI SELATAN THAILAND
SERI NEGERI 24 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan susulan keadaan keselamatan yang semakin...


