Pupuk budaya sukan kepada warga Melaka Tengah

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

BANDAR MELAKA 8 Oktober – Ratusan warga Melaka Tengah menyahut seruan ke arah Negara Bersukan dengan menyertai sambutan Hari Sukan Peringkat Daerah Melaka Tengah di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka, hari ini.

Program yang bermula sekitar jam 10.30 pagi itu telah dirasmikan Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

Abdul Razak dalam ucapannya berharap, penduduk Melaka khususnya di Daerah Melaka Tengah dapat menjadikan gaya hidup sihat dengan bersukan menjadi budaya yang harus diamalkan bermula sekarang.

Katanya, ia penting memandangkan menerusi tinjauan kesihatan dan morbiditi kebangsaan (NHMS), kira-kira 50.1 peratus rakyat di negara ini mempunyai masalah berat badan berlebihan.

“Saya yakin dan percaya bahawa gaya hidup aktif bersukan boleh tercapai dengan adanya pelbagai program yang dirancang rapi dan menyeluruh seperti Hari Sukan Negara ini.

“Semoga amalan hidup aktif ini boleh dilakukan secara harian oleh segenap lapisan masyarakat walau di mana sahaja berada,” katanya.

WhatsApp Image 2022-10-08 at 2.50.17 PM
TURUT diadakan pertandingan mewarna pada sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Melaka Tengah.

Hadir sama pada sambutan itu ialah Pengawai Daerah Melaka Tengah Datuk Shamsul Ambia Abdul Aziz; Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah Norazlin Sarun dan Pengurus UTC Melaka Arif Faiz Zainudin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1349
Kongsi :
Previous post Pelancongan ‘trendy’ tarik pelawat ke Melaka
Next post Pak Ali bersyukur terima rumah baharu
Ubah saiz-+=