
Doktor antara enam ditahan edar dadah
KUALA LUMPUR 30 April. – Polis menahan enam lelaki termasuk seorang doktor hospital kerajaan di Selangor yang disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah, selepas menyerbu sebuah rumah di Taman Sri Manja, Petaling Jaya, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya turut menemukan 11 paket plastik lutsinar berisi ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 1,913 gram dianggarkan bernilai RM4,900, di samping wang tunai RM1,450 dalam serbuan itu.
Beliau berkata kesemua mereka yang berumur antara 26 dan 30 tahun itu ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Dalam serbuan itu juga polis merampas empat kereta terdiri daripada Honda City, Perodua Viva, Perodua Myvi, Mitsubishi Triton dan sebuah motosikal jenis Yamaha Nouvo LC, semuanya dianggar bernilai RM139,500,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
“Hasil ujian saringan awal yang dijalankan, lima daripada suspek positif dadah dan kesemua mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” tambahnya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
DUA PENGARAH SYARIKAT RUGI LEBIH RM800,000 DIPERDAYA ‘PHONE SCAM’
GEORGE TOWN 27 Mac - Seorang pengarah syarikat kerugian RM457,607 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan panggilan telefon awal bulan ini....
MAYAT BAYI LELAKI DITEMUKAN DI KAWASAN PENCAWANG
SEREMBAN 27 Mac - Mayat bayi lelaki yang cukup sifat dan masih bertali pusat ditemukan di kawasan pencawang menara telekomunikasi...
KUOTA BUDI95 DISELARASKAN SEMENTARA KEPADA 200 LITER SEBULAN MULAI 1 APRIL INI
KUALA LUMPUR, 26 Mac - Kerajaan akan melaksanakan penyelarasan kelayakan Program Budi MADANI RON95 (BUDI95) daripada 300 liter sebulan kepada...
FASA PERALIHAN MONSUN BERMULA AHAD – METMALAYSIA
KUALA LUMPUR, 25 Mac - Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula Ahad ini dan berterusan sehingga Mei, membawa kepada kejadian ribut...
CUACA PANAS DIJANGKA BERTERUSAN HINGGA JUN – METMALAYSIA
KUALA LUMPUR, 25 Mac - Fenomena cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini dijangka berterusan hingga awal Monsun Barat...
15 KES BERKAITAN CUACA PANAS DILAPORKAN TAHUN INI, SATU KES KEMATIAN LIBATKAN KANAK-KANAK
PUTRAJAYA 23 Mac - Sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan setakat ini bagi 2026, termasuk tiga kes strok haba...

