Seronok cuci mata di Uptown Pahlawan Walk

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

BANDA HILIR 30 Januari – “Memang setiap tahun lebih empat kali saya dan keluarga akan bermalam di Melaka kerana di sini adalah pusat sehenti untuk kami sekeluarga mencuci mata dan membeli-belah”.

Itu kata seorang pelancong, Siti Noor Aida Aisyah Adilah, 33, dari Kampar, Perak yang gembira apabila lokasi baharu Uptown Pahlawan Walk kini lebih strategik dan selesa.

Menurutnya, apabila lokasi dipindahkan ke kawasan lebih luas ia seakan-akan menambah ‘mood’ percutian di Negeri Melaka.

“Jadi apabila dipindahkan di kawasan baharu ia nampak lebih luas, meriah dan ceria, secara tidak langsung kita dapat lihat bangunan bersejarah di sekitar ini seperti Muzium Samudera (Kapal Flor de La Mar) dan Muzium TLDM.

“Saya memang suka datang Melaka sebab anak-anak yang selalu minta datang sini untuk melancong, Pahlawan Walk ini juga dikira sebagai pusat sehenti kerana pelbagai barangan ada dijual di sini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Img 20240130 131913 775
Pengunjung yang datang bersama keluarga menikmati juadah yang dijual di tapak baharu Uptown Pahlawan Walk, Banda Hilir, Melaka. Foto: MR. AZLI

Sementara itu, Muhammad Syafik Suparvi, 24, dari Johor Bahru memilih Uptown Pahlawan Walk sebagai destinasi untuk mencari barangan persiapan majlis perkahwinannya sebelum Aidilfitri ini.

“Kali ini saya bawa tunang bersama untuk lihat apa keperluan yang boleh dibeli di sini, saya suka datang Melaka kerana di sini lebih ‘happening’ dan barangan yang dijual di sini masih murah.

“Biarpun saya bukan orang Melaka, tetapi sebagai pengunjung kita kena sokong apa yang telah dilaksanakan Kerajaan Negeri Melaka kerana ini adalah satu tarikan yang sangat menyeronokkan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4022
Kongsi :
Previous post Jangan berpesta lepas tamat SPM
Next post Dalang sindiket dadah di Malim tumpas
Ubah saiz-+=