Siap siaga hadapi pilihan raya tahap maksimum – Sulaiman

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

JASIN 12 April – “Dalam tempoh 22 bulan Allah SWT bagi ujian kepada kita apabila tidak ada lagi nikmat sebagai kerajaan…, kita berdoa siang dan malam agar kerajaan ini dikembalikan semula kepada kita khususnya dalam parti Barisan Nasional (BN),” kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Menurutnya, selama tempoh itu baharulah dapat dilihat bagaimana kesatuan dan kesepaduan rakyat di negeri ini terutamanya dalam kalangan orang Islam.

“Apakah kita ingin berbalah lagi? Adakah kita ingin bergaduh di antara satu sama lain sedangkan nikmat ini adalah ujian daripada Allah SWT.

“Apakah kita sudah cukup kuat dan bagaimana pilihan raya akan datang?, Adakah sudah cukup kesiapsiagaan kita ke tahap yang maksimum 100 peratus?,” katanya.

Itu antara persoalan dilontarkan beliau dalam ucapan pada Majlis Malam Setia Bakti Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau Tahun 2021 di Dewan Majlis Perbandaran Jasin, Lipat Kajang, dekat sini, malam semalam.

Sulaiman berkata, beliau yakin DUN Merlimau telah membuat persediaan untuk memastikan kekuatan yang ada.

“Saya yakin bagi DUN Merlimau ini seperti mana yang digambarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, enam bulan tuan-tuan sudahpun bekerja kuat, mengenalpasti di mana kekuatan kita.

“Teruskan usaha dan lipat gandakan apa yang telah kita lakukan,” katanya.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Ab Yusoh, ADUN Merlimau, Datuk Roslan Ahmad dan ADUN Rim, Datuk Wira Ghazale Muhammad.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

435
Kongsi :
Previous post Ikan keli bawa tuah, pemancing menang RM3,000
Next post MBMB, MPHTJ benarkan premis makanan beroperasi ketika sahur
Ubah saiz-+=