
SSM kecualikan kompaun kelewatan pembaharuan pendaftaran perniagaan dalam tempoh PKP
KUALA LUMPUR 11 Jun — Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengecualikan kompaun ke atas kelewatan pembaharuan pendaftaran perniagaan yang tamat tempoh pada 17 Mac, 2020 sehingga 30 Jun, 2020 bagi meringankan beban kewangan pemilik perniagaan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Menurut SSM, pengecualian kompaun itu akan memberi manfaat kepada 270,000 pemilik perniagaan yang memiliki perniagaan yang tamat tempoh semasa berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Seksyen 12(1)(b) Akta Pendaftaran Perniagaan (APP) 1956 menetapkan bahawa adalah satu kesalahan apabila seseorang meneruskan sesuatu perniagaan selepas tamat tempoh pendaftaran dan jika disabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” menurut SSM dalam kenyataan hari ini.
Untuk maklumat lanjut, hubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau e-mel ke [email protected].
— BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
KPDN PERKUKUH EKOSISTEM PERNIAGAAN PATUH DI MELAKA
AYER KEROH 1 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka memperkukuh agenda pematuhan peniaga dan...
WANITA CERIA LUBOK CHINA CIPTA TART NASI LEMAK, KUIH LOPES
AYER LIMAU 30 September - Bermula daripada kebosanan selepas pulang ke kampung, lima wanita di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
DULU SELENGGARA SENAPANG, KINI TUAI CENDAWAN
AYER LIMAU 29 September - Jika dahulu rutin hariannya bersama Tentera Darat Malaysia (TDM) dipenuhi tugas membaiki dan menyelenggara sistem...
WARISAN KUIH BULAN JADI TARIKAN PELANCONGAN MELAKA
BANDA HILIR 26 September - Festival Kuih Bulan bukan sekadar wadah meraikan tradisi masyarakat Tionghua, malah berpotensi dikembangkan sebagai produk...
ANGGUR BERBUAH MANIS DI BUMI AYER LIMAU
AYER LIMAU 26 September - Bermula dengan hanya 10 hingga 20 pokok di tepi rumah, minat sebuah keluarga terhadap tanaman...
MASUK MUZIUM PERCUMA UNTUK ANGGOTA ATM, TEBUS HINGGA 19 OKTOBER
AYER KEROH 23 September – Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Melaka boleh menikmati kemasukan percuma ke lokasi pelancongan terpilih...


