
FAM perlu percepat musim 2021 MPFL – Casas
KUALA LUMPUR 7 Jun — Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu mempercepatkan musim 2021 Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) selepas musim 2020 dibatalkan akibat pandemik COVID-19, kata ketua jurulatih Pahang Rangers FC, Gerard Casas.
Pengendali berusia 31 tahun dari Sepanyol itu walaupun kecewa dengan pembatalan pertandingan, bagaimanapun, menerima keputusan yang dibuat oleh badan induk kebangsaan itu dalam menjaga kesejahteraan jurulatih, pemain dan juga peminat.
“Ia sangat mengecewakan saya kerana saya telah menyiapkan skuad terbaik untuk musim ini tetapi pertandingan dibatalkan kerana wabak itu. Saya dapat melihat kegembiraan dalam kalangan pemain saya ketika pasukan mengalahkan Sarawak 9-1 pada perlawanan pembukaan.
“Walaupun begitu, berharap FAM dapat mempercepat musim 2021 ketika keadaan COVID-19 bertambah baik,” katanya melalui hantaran terbaru di laman Facebook pasukan itu.
Casas yang kini kembali ke negaranya, memuji usaha yang dilakukan oleh kerajaan termasuk petugas barisan hadapan dalam memerangi ancaman COVID-19 di negara ini.
Baru-baru ini, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam mengumumkan pembatalan pertandingan Piala Belia, Piala Presiden dan MPFL, disebabkan bola sepak dan futsal adalah antara aktiviti yag dilarang Majlis Keselamatan Negara (MKN) kerana ia dikategorikan sebagai sukan melibatkan sentuhan.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH RM300,000 DISALUR BAGI PEMBANGUNAN BELIA DUN LENDU
SERI NEGERI 30 April - Sebanyak RM387,885 disalurkan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu bagi penganjuran aktiviti berkaitan sukan, pembangunan...
1,300 GAMATKAN HEY V RUN 6.0 DI KLEBANG
KLEBANG 26 April - Lebih 1,300 peserta memeriahkan acara larian Hey V Run 6.0 Sempena Ulangtahun Ke-23 Bandaraya Melaka Bersejarah...
HAS2026: SASAR LEBIH 2,000 PENGUNJUNG, PADAT PELBAGAI PENGISIAN
BANDARAYA MELAKA 22 April - Bermatlamatkan untuk memperkasa budaya menghargai air, Sambutan Hari Air Sedunia 2026 (HAS2026) Peringkat Kebangsaan padat...
SURESH ‘BAPA’ SILAMBAM MELAKA
ASAHAN 16 April - Kegigihan anak kelahiran Nyalas dalam memartabatkan seni bela diri silambam terbukti apabila beliau kini berjaya melatih...
MELAKA BAKAL MENGANJURKAN TEMASYA SUKAN OKU JULUNG KALI, MEI DEPAN
PENGKALAN BATU 11 April - Kerajaan Negeri bakal menganjurkan Sukan Orang Kurang Upaya (OKU) Negeri Melaka buat julung kalinya yang...
SENARAI ATLET MELAKA KE SUKMA XXII DIUMUM HUJUNG MEI
AYER KEROH 10 April - Senarai pendek atlet kontinjen Melaka ke temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 dijangka akan...
