
Sand Nisko Capital meterai perjanjian bangunkan projek dengan GDV RM50 juta di Melaka
KUALA LUMPUR 25 Ogos – Pengeluar perabot, Sand Nisko Capital Bhd (SNC) merancang untuk membangunkan projek pembangunan kediaman dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM50 juta di Melaka.
Dalam kenyataan pada Isnin, katanya anak syarikat pembangunan hartanah dan perumahannya, Len Cheong Resources Sdn Bhd (LCR) memeterai perjanjian usaha sama dengan Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose (pemilik tanah) untuk membangunkan perbandaran mini di Durian Tunggal, Alor Gajah.

Peranan LCR melibatkan permohonan untuk kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkenaan, serta kerja-kerja pembinaan dan menyiapkan unit bangunan.
Sebagai balasan, 12 peratus daripada jumlah unit yang dibangunkan akan menjadi hak pemilik tanah, menurut SNC.
Kumpulan itu berkata LCR akan meninjau kemungkinan untuk bekerjasama dengan pemilik tanah di sekitar kawasan tersebut untuk membangunkan projek pembangunan dengan anggaran GDV sebanyak RM50 juta.
Pengarah Urusan SNC Emily Sow Mei Chet berkata, perjanjian itu adalah peluang strategik untuk kumpulan meningkatkan simpanan tanahnya di Melaka, sekali gus memastikan pertumbuhan dan kemampanan perolehan dan keuntungan untuk kumpulan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PROJEK SAKIT JKR MENURUN 4.13 PERATUS
SERI NEGERI 20 Ogos - Trend projek sakit di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) menunjukkan perkembangan positif apabila menurun...
256 PROJEK INFRA RAKYAT MENDAHULUI JADUAL – AHMAD
SERI NEGERI 20 Ogos - Sebanyak 256 daripada 871 projek infrastruktur rakyat yang kini dalam pembinaan berada pada prestasi mendahului...
JAKIM DEKATI REMAJA, TANGANI ISU SOSIAL
PENGKALAN BATU 17 Ogos - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan meneruskan Program Jerayawara Kesedaran Isu Sosial (J-KIS) ke seluruh...
‘MELAKA BILA LARUT MALAM’ BAWA NAFAS BAHARU KE PASAR BESAR BACHANG
AYER KEROH 17 Ogos - Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Bachang bakal dihidupkan pada sebelah malam menerusi program...
DUA PELAJAR MRSM ALOR GAJAH HILANG DITEMUKAN DI PASAR SENI
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Dua pelajar perempuan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah, Melaka yang dilaporkan hilang sejak...
POLIS KENAL PASTI IDENTITI TIGA SEKELUARGA TERKORBAN AKIBAT KEBAKARAN RUMAH
ROMPIN 15 Ogos - Polis mengenal pasti identiti tiga sekeluarga yang terkorban dalam kejadian kebakaran rumah di Desa Mawar, Muadzam...

