
Atlet SUKMA Melaka terima lampu hijau
AYER KEROH 9 Julai – Kontinjen Melaka yang bakal ke SUKMA Johor 2020, tahun depan dibenarkan menjalani semula latihan bermula Sabtu ini (11 Julai).
Pengerusi NGO, Pembangunan Belia dan Sukan negeri Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, kebenaran itu selaras dengan pengumuman yang dibuat Kerajaan Persekutuan, selain permintaan daripada persatuan dan atlet sendiri yang risau akan prestasi mereka.
“Selepas kira-kira empat bulan tidak berlatih sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa, mereka risau akan menjejaskan prestasi sekaligus khuatir pungutan pingat turut terjejas.
“Ada persatuan dan atlet sendiri datang berjumpa saya bertanyakan hal ini, oleh itu saya mengambil inisiatif untuk meminta Majlis Sukan Negeri (MSN) untuk menulis surat kepada Jawatankuasa Khas Covid-19 Negeri Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media dan penyerahan surat lantikan Ahli Majlis, Majlis Sukan Negeri (MSN).
Menurut beliau, walaupun dibenarkan untuk menjalani latihan, atlet diingatkan untuk mengikut prosedur operasi standard (SOP).
“Ia membabitkan 577 atlet dari program Projek Emas dan Program Persediaan SUKMA (PPS) selain mereka turut boleh berlatih pada hari cuti umum,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
ANAK JATI MELAKA BAWA SUKAN TAEKWANDO BERSINAR DI BATAM
AYER KEROH 10 September - Dari Bukit Baru ke pentas antarabangsa, anak jati Melaka, Faiz Safry membuktikan sentuhan jurulatih tempatan...
1,500 ATLET ‘RACECATION’ RANCAKKAN PELANCONGAN SUKAN MELAKA
KOTA LAKSAMANA 8 September - Melaka semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan sukan apabila kira-kira 1,500 peserta dari lebih 45...
SUKMA: 21 PINGAT EMAS BUKTI ATLET MELAKA SEMAKIN ‘MENYALA’
SERI NEGERI 26 Ogos - Kejayaan kontinjen Melaka meraih 21 pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 membuktikan prestasi...
PENCAPAIAN ATLET BUKTI PEMBANGUNAN SUKAN MELAKA BERJAYA
SERI NEGERI 24 Ogos - Kerajaan Negeri terus memperkasa pembangunan belia dan sukan sebagai platform melahirkan generasi muda yang berdaya...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KIBARAN JALUR GEMILANG MERIAHKAN BOLING KRT ALOR GAJAH
AYER KEROH 19 Ogos - Gelanggang boling bukan sekadar menjadi medan persaingan sihat, malah dimanfaatkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Alor...
