
Kaunter semakan, bayaran saman trafik dibuka mulai esok
KUALA LUMPUR 14 Jun – Mulai esok semua kaunter semakan, pembayaran saman serta pembekalan dokumen berkaitan kemalangan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di seluruh negara akan dibuka kepada orang ramai.
Menurut JSPT Bukit Aman, kaunter akan dibuka pada Isnin hingga Khamis bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 2.00 petang bagi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan).
Pada hari Jumaat, kaunter akan dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 12 tengah hari melibatkan kesemua kontinjen berkenaan.
“Bagi IPK Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu kaunter hanya beroperasi pada hari Ahad hingga Khamis dari 9.00 pagi hingga 2.00 petang,” menurut kenyataan itu.
JSPT meminta orang ramai untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) normal baharu ketika berurusan di kaunter selain mengamalkan penjagaan kesihatan kendiri.
“Saringan suhu badan akan dilaksanakan dan orang ramai diminta memakai pelitup separuh muka ketika berurusan di kaunter,” menurut kenyataan itu.
— BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
BERUNDING ELOK-ELOK, PILIH ‘PARTNER’ YANG IKHLAS DAN JUJUR – AHMAD ZAHID
AYER KEROH 6 September - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi mandat kepada Ketua...
WAKIL RAKYAT MELAKA MESTI ‘KETUK PINTU’ RUMAH RAKYAT
TABOH NANING 3 September - Semua wakil rakyat di Melaka diminta turun padang dan 'mengetuk pintu' rumah rakyat bagi menyelami...
AURA ZIANA ZAIN ‘PUKAU’ KLEBANG
KLEBANG 30 Ogos - Kemunculan penyanyi popular tanah air, Datuk Ziana Zain mencuri perhatian pengunjung pada Sambutan Ambang Merdeka Peringkat...
MELAKA BERPOTENSI JADI LOKASI ALTERNATIF PENGANJURAN LIMA
KLEBANG 30 Ogos - Melaka berpotensi menjadi lokasi alternatif bagi penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) pada masa...
BUSANA UNIK TARUHAN MPHTJ PERTAHAN KEJUARAAN PERBARISAN
KLEBANG 29 Ogos - Penampilan unik menerusi busana dan elemen hiasan berbeza menjadi taruhan kontinjen Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
PDRM PERKETAT KAWALAN SEMPADAN SUSULAN KETEGANGAN DI SELATAN THAILAND
SERI NEGERI 24 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan susulan keadaan keselamatan yang semakin...

