
MU, JDT bakal bekerjasama dalam program akar umbi bola sepak
MELAKA United (MU) dan Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal bekerjasama dalam satu program pembangunan akar umbi bola sepak .
Ketua Menteri yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Haji Sulaiman Md Ali berkata, kerjasama itu antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan bersama pemilik JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim di The Westin, Desaru Coast Resort, petang semalam.
“Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kerana berkenan menerima mengadap patik serta rombongan Kerajaan Negeri Melaka.
“Pertemuan ini antara lain bagi membincangkan bentuk kerjasama program akar umbi bola sepak antara kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan pasukan MU.
“Pandangan serta idea bernas DYAM Tunku Ismail sangat diperlukan dalam membantu memperkasa lagi kemajuan bola sepak di negara ini dan negeri Melaka khususnya termasuk pengukuhan Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA),” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya.
Hadir sama ke perjumpaan tersebut ialah Timbalan Presiden MUSA, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi.
Views:
Related

Berita Lain
NAIK TARAF GELANGGANG FUTSAL ANTARA HARAPAN BELIA MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 3 November – Kemudahan gelanggang futsal yang lebih baik serta penganjuran aktiviti sukan secara berterusan antara harapan golongan...
BARU 16 TAHUN SUDAH CIPTA REKOD, LI REN IDAM HADIAHKAN EMAS UNTUK NEGARA
BANDA HILIR 30 Oktober - Baru berusia 16 tahun, atlet muda Melaka, Tan Li Ren membuktikan usia bukan penghalang untuk...
KONDA-KONDI, DAM AJI JADI TARIKAN PELANCONG ASING DI FESTIVAL SILANG BUDAYA MELAKA
BANDARAYA MELAKA 30 Oktober - Inisiatif Kerajaan Negeri Melaka mengetengahkan sukan rakyat seperti konda kondi dan dam aji pada Festival...
BALAU PECAH 3 REKOD, KINI BURU TAKHTA ASEAN
BANDA HILIR 29 Oktober - Kejayaan memenangi tiga pingat emas dengan memecahkan rekod pada Para Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026...
SKUASY WANITA MELAKA AKHIRI PENANTIAN 32 TAHUN RAIH EMAS
BANDA HILIR 28 Oktober - Pasukan skuasy wanita Melaka menamatkan penantian selama 32 tahun untuk meraih pingat emas acara berpasukan...
MELAKA SEDIA RM10.9 JUTA PERKASA PEMBANGUNAN SUKAN 2026
BANDA HILIR 28 Oktober - Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM10.9 juta bagi pembangunan sukan sepanjang 2026, kata Ketua Menteri Datuk...

