
Tidak perlu bekukan cuti – Mohd Redzuan
DURIAN TUNGGAL 21 Nov. – Tiada keperluan untuk membekukan cuti anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) setakat hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, ia kerana terdapat lebih dua juta sukarelawan APM yang ditempatkan di seluruh kawasan.
“Tidak perlu beku cuti kakitangan, terdapat anggota APM di seluruh kawasan Semenanjung Malaysia yang telah ditetapkan.
“Sukarelawan ramai jadi tidak perlu beku cuti, setiap daerah ada pegawai yang akan ditetapkan, APM ini boleh dianggap sebagai ‘first on the scene’,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan banjir di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), hari ini.
Jelasnya, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan APM bersedia memantau pusat penempatan sementara (PPS) mangsa-mangsa banjir.
“Cabaran baru buat kita dalam pandemik COVID-19 ini apabila pergi melawat tempat banjir, kita nak pindahkan mangsa banjir tak boleh seperti dulu ramai-ramai.
“Anggota yang menyelamatkan mangsa banjir juga perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE) yang lengkap kerana kita tidak tahu sama ada mangsa itu ada bawa virus tersebut,” katanya lagi.
Katanya, setakat ini kementerian telah meluluskan sejumlah RM17 juta bagi menyediakan bantuan kit makanan kepada mangsa-mangsa banjir serta membeli PPE.
Views:
Related


Berita Lain
1,000 TAMAN REKREASI MADANI DIBINA MENJELANG 2035
PAYA RUMPUT 11 Ogos - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 Taman Rekreasi MADANI dibina di seluruh...
KERJASAMA PERSEKUTUAN, MELAKA WAJAR JADI CONTOH – PM
PAYA RUMPUT 7 Ogos – Perbezaan fahaman termasuk politik tidak seharusnya menjadi penghalang kepada hubungan persahabatan dan kerjasama erat antara...
KPKT JALIN KERJASAMA DENGAN UN-HABITAT BANGUNKAN MY PUBLIC SPACE
PAYA RUMPUT 7 Ogos – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Landskap Negara (JLN) akan bekerjasama dengan UN-Habitat...
BOMBA BUKA 560 KEKOSONGAN JAWATAN
PAYA RUMPUT 29 Jun - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini dalam proses membuka perjawatan baharu bagi mengisi kira-kira...
JBPM SUSUN BALAI BOMBA IKUT TAHAP RISIKO KEBAKARAN
PAYA RUMPUT 29 Jun - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini merangka pembangunan balai bomba seluruh negara berdasarkan pendekatan...
SEMBILAN INDIVIDU TERMASUK PEMANDU CEDERA, BAS EKPRES TERBABAS DI NILAI
NILAI 27 Jun - Sembilan individu termasuk pemandu bas cedera dalam kejadian sebuah bas ekspres terbabas di Kilometer 275.4 Lebuhraya...
