Buat EIA sebelum rancang pembangunan

Masa Membaca:57 Saat

DURIAN TUNGGAL 21 Nov. – Pihak berkenaan perlu membuat Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) sebelum melaksanakan pembangunan supaya tidak mendatangkan mudarat kepada masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, ia melibatkan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KeTSA) serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Saya menyeru kepada KeTSA dan KPKT supaya mengambil perhatian segala bentuk perancangan pembangunan.

“Hari ini Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dilanda banjir setinggi lima kaki, mungkin ia berpunca daripa EIA yang tidak dilakukan sebelum meluluskan sesuatu projek,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan banjir di SKJT di sini, hari ini.

ANTARA Sukarelawan melakukan kerja-kerja pembersihan peralatan sekolah yang terjejas akibat banjir di SJKT Durian Tunggal. Foto MR Azli

Jelasnya, perkara itu akan dibawa kepada kementerian yang dipertanggungjawabkan supaya lebih peka akan segala bentuk rancangan pembangunan.

“Sudah 57 tahun tidak pernah banjir di sekolah ini, tiba-tiba kali ini banjir hingga lima kaki.

“Justeru, secara peribadi saya sumbangkan bantuan kecemasan sebanyak RM20,000 untuk mereka baik pulih sekolah ini termasuk pra sekolah anak-anak di sini,” katanya.

Views:

897
Kongsi :
Previous post Galak usahawan tani muda tanam jagung
Next post Tujuh sekeluarga diselamatkan
Ubah saiz-+=